Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Saturday, December 19, 2009

Ngomel




SEBENARNYA...
Sudah terlalu lama benar saya mahu melahirkan buku-buku seperti. Ialah, sebagai kartunis, ilustrator, nobelis, pereka dan pelukis catan, mahupun abstruk, sudah tentu saya mahu segala pengalaman saya dirakamkan.
Buat gelak kawan-kawan.
NAMUN...
Hidup ini ternyata ngak indah seperti mimpi dan angan-angan. Walaupun mimpi ada yang ngeri, kita masih boleh bangun. Sedangkan untuk menghadapi kenyataan yang ngeri, kita toh harus banyak-banyak tidurrr.
Ha! Ha! Ha! Falsampah habis.
OLEH KERANA...
Rentetan kehidupan yang sering mendesak dan mendadak. Permintaan orang ramai sering mengasak, keluarga pula selalu kacau bilau, perkerjaan begitu galak, tidak cukup kepala, terpaksa pakai kakitangan dan entah apa sahaja, ternyata, banyak idea-idea kreatif ini, yang terpaksa disimpan begitu saja.

Ini semua demi kesejahteraan orang lain. Biar orang lain kaya-raya dahulu, baru kita. Berkorban apa sahaja, asalkan semua orang bahagia. Sedangkan kita, diri sendiri, ya! Ternyata menderita terus-terusan. Itukan moto usahawan, ya! Lain. Biar kita kaya raya dahulu...lepas itu, baru boleh tolong orang lain!!!
LANTAS...
Kini saya dibebaskan dari kemelut dan gelumang Gila-Gila, sibuk pula dengan urusan galeri sendiri, masih punya sedikit waktu untuk melahirkan karya. Ya! Karya merapu seperti ini, sebagai kenangan.
SEMOGA...
Dari keuntungan, sekiranya ada, saya boleh jalan-jalan lebih jauh lagi. Sehingga ke penghujung dunia. Merakamkan warna-warna kehidupan insan sejagat!
Ya, sebelum saya mati...
adalah sumbangan kecil saya untuk rakyat Malaysia.

4 comments:

GeeKs2laS said...

great cartoon characters

annie said...

eeeh Zainal Buang Hussein!!! melawat blog saya????!!!...tq, tq, tq kerana sudih datang! saya adalah peminat gila2 thn 80an.

SatuJutaIdea said...

Salam. Secara kebetulan saya bertemu dgn blog ni. Sekadar info, perihal Pak Zainal pernah dipaparkan dlm blog SatuJutaIdea - http://www.satujutaidea.com/2009/10/otai-kartun-zainal-buang-hussein.html :)

Zainal Buang Hussein said...

GeeKs2lasS - thanks for your remak.

annie - saya juga terima kasih annie sudi luangkan masa ke blog saya.

SatuJutaIdea - terima kasih, nanti saya pergi nengok kat blog u tu.