Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Wednesday, December 16, 2009

Ngobrol....


KAWAN
Errr...Aku tidak tahu, apa yang harus aku tuliskan, walaupun aku seorang penulis. Aku tidak tahu apa yang harus aku lukiskan, walaupun aku seorang pelukis. Kerana, walaupun aku famous, itu cuma pada nama.
"Apalah yang ada pada nama..."
NAMUN
Aaa....Kerana aku kasih kepadamu, macam mana sayangnya engkau kepadaku, yang telah banyak menolong aku, sepanjang perjalanan hidupku, aku catatkan juga sepatah dua kata, buat tatapanmu.
"Siapalah aku..."
SUPAYA
Hmmm...Engkau orang tidak lupa. Di Malaysia ini masih ada karyawan yang berkerja separuh gila, bergelumang dengan keringat dan air mata, walaupun tidak kaya-raya. Hutang banyak sampai berjuta. Tetapi harta tidak ada. Betul tidak ada. Cuma, sebatang pena bermata bola. Entah berapa senlah sangat harganya. Semangatnya waja. Puh!
"Ku tikam batu, batu pecah, ku tikam gunung, gunung runtu..."
KAWAN
Aku cuma seorang karyawan. Bukan jutawan dan hartwan. Aku tidak boleh memberikan engkau orang kekayaan dan kesenangan. Aku cuma mampu melemparkan sedikit kegembiraan dan kelegaan. Supaya kita mampu ketawa bersama. Akan kebodohan dan ketololan yang kita pernah lakukan bersama. Atas nama suka-suka.
"Itulah kita..."
KERANA
Kita serupa. Duduk dalam pancarana yang tidak ada sudahnya. Sebelum maut menjemput kita. Bolehlah kita berlagak seketul dua. Bergaya dengan aksinya. Sengaja hendak bagi orang lain caca murba. Betul tak?
"Biasa kawan..."
KAWAN,
Hmmm...Kalau engkau terbaca tulisan ini, datanglah ke tempat ku. Lawatilah galeri ku. Kita boleh makan roti canai. Pekena teh tarik. Mahupun nescafe tarik. Kalau jadi rabbit, bedal carrot jus + susu. Bersembang cerita lama-lama. Cerita masa kita muda-muda. Walaupun kini tidak tua mana. Serasa, baru macam semalam kita keluar sekolah. Sama-sama mengurat di tepi sempang. Macam jantan dan betina gampang. Koh! Koh! Koh!
"Apara?"
ATAU,
Telefonlah aku. Bukannya apa. Sekurang-kurangnya aku tahu. Manalah tahu, engkau sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Jadi tahulah juga aku perkahbaran tentang dirimu. Tidaklah aku terfikir-fikir dan terkenang-kenang. Membuatkan engkau menyusahkan orang.
"Engkau ni dah gila ke?"
KAWAN,
Tenguk-tenguk dan belek-beleklah karyaku. Engkau tidak beli pun tidak apa. Tenang-tenang sahaja. Beri komen sepatah dua. Tidaklah ianya jadi macam benda tidak berharga. Sekurang-kurangnya, adalah orang yang mengutuknya.
"Lahabau, kerbau, bodoh, batak!"
KAWAN,
Aku rindukan engkau orang semua. Tahulah sahaja. Dalam dunia ini manalah ada benda yang berharga. Harta berjuta akan habis juga. Emas perak akan lebur sama. Lainlah kawan-kawan, saudara-mara dan anak isteri yang setia. Dapat hadiah Al-Fatihah pun sudah berpada.
"Piiiirah!"
SEBAB ITULAH KAWAN,
Buat aku, berkawan biar berjuta, beranak biarlah ramai, beristeri biar empat, berkasih biar satu.
"Ah, falsafah kuno."
Itu, yang kita rayu pagi, petang, siang dan malam. Mintak macam-macam, tanpa rasa malu. Tidak segan dan silu.
"Err..."
KAWAN,
Betul, aku rindu bagai nak nak gila kepadamu. Oleh itu, tolonglah, kenang daku dalam semua doa mu. Duit aku bila kau nak bayar?
"Chish! Pergi mampuslah engkau!"

2 comments:

SuriChempaka said...

Pak Jenal,
Terimakasih bikin ini blog ;) ilang rindu Suri pada semua kartunis otai. Tulisan dan karakatur tetap berbisa, dalam senyum ada terselit nasihat. Moga terus berkarya.

Zainal Buang Hussein said...

Terima kasih Suri. Atas sokongan Suri dan lain-lain kawan membuatkan semangat berkarya saya dalam usia yang sudah lanjut ini terus berkobar.