Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Thursday, October 13, 2011

Nostalgia, Seleksi, Koleksi Akan Temui Anda

Tiga buah komik yang pernah saya keluarkan 15 tahun lalu akan berada di pasaran internet menemui anda dalam masa terdekat ini.

Harap-harap beli...jangan tak beli, ya!!

Selepas ini saya sendiri tidak tahu bila komik-komik saya akan muncul kembali!



Monday, June 13, 2011

Cari Dana Rawatan Jantung

Aku naik sebak hinggakan air mata berjurai-jurai bila dapat tahu seorang rakan seperjuangan kini terkena serangan jantung!

Lebih banyak lagi air mata keluar...bila dapat tahu dia berusaha menjual manuskripnya yang dah berusia 20 tahun sebagai e-novel untuk tampung kos rawatan.

Namun apapun, dia memang seorang yang gigih dan tak pernah putus-asa.

Apa tidaknya! Dah 20 tahun dia jaja manuskrip itu untuk diterbitkan sebagai novel. Tapi nasibnya terus merundum! Ada saja halangan yang menimpa. Dia tetap berusaha dan berjuang untuk diterbitkan.

Cerita tentang pelumba kereta memang belum pernah garap sebagai novel oleh mana-mana penulis. Memang aku dah pernah baca cerita dia itu! Sebab secara langsung atau ta langsung, aku juga pernah terlibat membantu dia untuk diterbitan sebagai novel. Tapi apakan daya...!

Dari tajuk Litar Bara ini ditukarkan kepada Bara Esplanade. Memang cerita itu berbara-bara! Cuma harap jangan dia jadi bara dalam usahanya yang masih gigih berkarya.

Ruslie Sophian memang punya semangat juang yang tinggi. Hampir 5 tahun dia bertugas dibawah aku. Apa tugas diberi, dia akan laksanakan. Sehinggakan dia berjaya menganjurkan beberapa ekspedisi superbike menjelajah Malaysia pada akhir 80an dan awal 90an di bawah majalah kami tanpa apa-apa bantuan kewangan.

Kini dalam semangat juangnya yang tinggi...dia terus berjuang bertarung dengan nyawa pula. Aku harap masyarakat 1Malaysia sudi beli e-novel 'Bara Esplanade' bagi membantu kos rawatannya.   

Sunday, February 20, 2011

Pameran Solo ZBH

Terima kasih pada kawan-kawan yang ramai datang meriahkan perasmian pameran solo saya di Galeri Shah Alam pada 17hb Feb lalu.












Wednesday, February 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Pameran solo Zainal Buang Hussein di Gallery Shah Alam akan dirasmikan oleh YB Dato' Lat pada jam 3.00 petang ini menandakan satu catatan hari ini dalam sejarah.

Dijemput semua kawan-kawan dan peminat-peminat kartun datang meriahkannya. Kepada sesiapa yang ingin bergambar bersama saya dan YB Dato' Lat, hari ini juga peluangnya.

Jadi jangan lepaskan peluang bertemu saya bersama YB Dato' Lat.

Petang nanti saya akan upload gambar-gambar perasmian itu.