Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Sunday, August 1, 2010

Penghujung Jalan Otai


Akhirnya...aku hampir sampai ke penghujung hidupku sebagai seorang karyawan. Segalanya semakin lemah dan perlahan. Lebih seronok menghitung saat dari hari. Bertasbih setiap kali kesakitan mencucuk di hati.

Untuk mengangkat mata pena terasa lebih berat. Untuk melorek berus dan mencoret warna terasa amat malas. Penuh dengan tanda soal yang tidak terjawab. Walaupun sentiasa yakin setiap yang kita lakukan akan bermakna kealpaan melingkari mata dan telinga, sentiasa.

Apalagi mengenang teman-teman seperjuangan yang sudah gugur bagaikan kelkatu. Sayapnya bertaburan di bumi, badannya entah ke mana. Membuatkan aku merenung lembayung senja penuh saksama. Menanti saat mati yang tidak kunjung tiba.

Akhirnya...aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apa lagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai penyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.

Walau apapun kesudahannya, aku bersyukur kehidrat Illahi. Mengharungi hidup ini penuh kelazatan dan kenikmatan yang tidak terkira. Sebagai seniman picisan di negara bertuah. Tiada duanya di mana-mana.

Andainya aku pergi dalam lingkaran waktu terdekat ini, aku redha. Allah telah memberikan segala-galanya yang berdetik dalam hati. Bagaikan diatur. Disusun begitu cantik dan rapi. Sudah tidak ada cacat-celanya lagi. Penuh keindahan dan kegemilangan nan tak terperi.

Untuk sahabat handai, terima kasih tidak terkira. Siapalah saya tanpa anda semua. Andalah penyeri hidup saya membuatkan hidup ini lebih bermakna dan bahagia.

Andainya aku pergi dahulu, taburkanlah bunga mawar di pusara sebagai tanda pernah lahir di negara ini, seorang seniman seni, lahirnya tidak dipinta, perginya tidak disuruh. ALFATIHAH juga yang ku damba. Amin.

Nota kaki:
Selepas baca nota ini, tolong nyanyikan lagu "Mawar Merah" oleh Alleycat sekuat hati. He! He! He!

Monday, July 12, 2010

Adat Berniaga

Heiii...kawan-kawan! Apa khabar semuanyer? Harap-harap sihat la ya!

Maaf lama tak masuk sini. Sibuk cikit kat blog wordpresss....kekeke...!!! Maklumlah dah dapat blog berbayar...hehehe!

Bagi menghiburkan semua....Pak Jenal up-load kartun-kartun yang pernah dibuat sikit masa dulu. Jangan bimbang!! Tak basi lagi...! Hehehe...!!

Kita renung-renungkan adat-adat orang kita berniaga...! Moga-moga kaya....kalau tak boleh kayap...huhuhu!


Heii...kawan-kawan, maafkan Pak Jenal lama tak masuk sini.

Tuesday, May 4, 2010

GEROMALLL


SOALAN: MENGAPA JADI KARTUNIS?

JAWAPAN: TOH! KALAU AKU TAHU, TENTU SAJA AKU MINTA JADI RAJA, TOKOH KOPRAT, TOKOH
SAINTIS, MAHUPUN PERDANA MENTERI! ISH, TIDAK ADA SOALAN LAIN?

SOALAN: MENGAPA TIDAK JADI GURU, ASKAR ATAU POLIS?

JAWAPAN: ALAHAI...ENGKAU INGAT KITA INI DALAM KEHIDUPAN APA? BUKANKAH KITA SEORANG
GURU, ASKAR DAN POLIS? ITUPUN NAK TANYA. AKU LAHIR DENGAN BERUS DI TANGAN
KANAN dan PEN DI TANGAN KIRI, TAU TAK?

SOALAN: SERONOK JADI KARTUNIS?

JAWAPAN: SERONOKKK. KERJA MERAPU DAN MENCORENG. LEPAS ITU GLAMER BUKAN MAIN, MASUK
TV, KELUAR TV, MASUK PAPER, KELUAR PAPER, SEMUA ORANG KENAL. SILAP-SILAP
BOLEH JADI WALI. JADI BADUT ITU SUDAH PASTI!

SOALAN: YA?

JAWAPAN: YALAH. APA LAGI APABILA BUKU DAN FILEM LAKU, BOLEH DAPAT BERIBU!

SOALAN: KALAU BEGITU SENANGLAH JADI KARTUNIS?

JAWAPAN: KALAU SENANG AKU TIDAK JADI KARTUNIS! LAMA DAH AKU JADI PENGARAH FILEM DI
HOLLYWOOD MAHUPUN BOLLYWOOD ATAU PEREKA FESYEN DI PARIS!

SOALAN: HABIS TU, APA PASAL JADI KARTUNIS? BOLEH KAYA KE?

JAWAPAN: INI YANG ENGKAU SIBUK BERTANYA NI, BOLEH KAYA KE?

PENYOAL: TENTULAH KALAU AKU BERUSAHA!

PENJAWAP: AKU PUN, KALAU TUHAN NAK BAGI!

PENYOAL: AWAK LOYAR BURUK!

PENJAWAP: LOYAR BARU BOLEH JAWAB KE?

BEDEBUK! PENJAWAB KENA PENUMBUK SEBIJIK DI BATANG HIDUNG. HERUT BATANG HIDUNG. HE!
HE! HE!