Nostalgia
KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG
Followers
Sunday, August 1, 2010
Penghujung Jalan Otai
Akhirnya...aku hampir sampai ke penghujung hidupku sebagai seorang karyawan. Segalanya semakin lemah dan perlahan. Lebih seronok menghitung saat dari hari. Bertasbih setiap kali kesakitan mencucuk di hati.
Untuk mengangkat mata pena terasa lebih berat. Untuk melorek berus dan mencoret warna terasa amat malas. Penuh dengan tanda soal yang tidak terjawab. Walaupun sentiasa yakin setiap yang kita lakukan akan bermakna kealpaan melingkari mata dan telinga, sentiasa.
Apalagi mengenang teman-teman seperjuangan yang sudah gugur bagaikan kelkatu. Sayapnya bertaburan di bumi, badannya entah ke mana. Membuatkan aku merenung lembayung senja penuh saksama. Menanti saat mati yang tidak kunjung tiba.
Akhirnya...aku merakul usia 55 penuh keinsafan. Tiada apa lagi yang dapat aku wariskan melainkan catatan dan goresan sebagai penyudah terhadap apa yang pernah aku mulakan suatu masa dahulu. Datang dengan tiada apa. Pulang juga tidak seberapa.
Walau apapun kesudahannya, aku bersyukur kehidrat Illahi. Mengharungi hidup ini penuh kelazatan dan kenikmatan yang tidak terkira. Sebagai seniman picisan di negara bertuah. Tiada duanya di mana-mana.
Andainya aku pergi dalam lingkaran waktu terdekat ini, aku redha. Allah telah memberikan segala-galanya yang berdetik dalam hati. Bagaikan diatur. Disusun begitu cantik dan rapi. Sudah tidak ada cacat-celanya lagi. Penuh keindahan dan kegemilangan nan tak terperi.
Untuk sahabat handai, terima kasih tidak terkira. Siapalah saya tanpa anda semua. Andalah penyeri hidup saya membuatkan hidup ini lebih bermakna dan bahagia.
Andainya aku pergi dahulu, taburkanlah bunga mawar di pusara sebagai tanda pernah lahir di negara ini, seorang seniman seni, lahirnya tidak dipinta, perginya tidak disuruh. ALFATIHAH juga yang ku damba. Amin.
Nota kaki:
Selepas baca nota ini, tolong nyanyikan lagu "Mawar Merah" oleh Alleycat sekuat hati. He! He! He!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam Pak Jenal,
apalah agaknya rahsia "Mawar Merah" tu...hehe..
tapi apa pun...semoga sentiasa diberi "rezeki" oleh-NYA untuk terus berkarya yang membawa manafaat kepada orang ramai.
terimakasih dan semoga dikurniakan keberkatan dalam kehidupan..amiin.
:-)
semoga pak jenal dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya. :)
Salam Tuan,
Sangat tersentuh membaca coretan tuan...sy tidak pandai mengukir kata menyenangkan hati tuan, namun tetap berdoa agar ALLAH menyembuhkannya...
wassalam.
Assalamualaikum Pak Jenal,
Ramadan Mubarak..semoga bertambah iman dan keberkatan dalam kehidupan.
salam Ramadhan tuan..
muda lagi di usia 55 tahun..
moga tuan selalu sihat untuk
beramal di bulan yang penuh
kemuliaan ini..
assalamualaikum,...saya membesar seiring hasil karya abang dulu..semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik kpd abang zainal, AMIN..
assalamualaikum,
Lain hulu lain PAHANG,
Lain sungai lain LAUT,
Lain dulu lain SEKARANG,
Nampaknya kau dah tak KALUT.
salam hormat dari BAKARYASIN
Salam kenal Tuan,
Baru terjumpa Blog Tuan. Teringat masa dulu, sewaktu Gila-Gila diambang kemasyhuran...dan dibesarkan dengan Gila-Gila disisi ( sampai abah marah, sikit2 gila-gila, lama2 jadi gila )....Sangat gembira dapat bersua kembali...
Post a Comment