Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Monday, June 13, 2011

Cari Dana Rawatan Jantung

Aku naik sebak hinggakan air mata berjurai-jurai bila dapat tahu seorang rakan seperjuangan kini terkena serangan jantung!

Lebih banyak lagi air mata keluar...bila dapat tahu dia berusaha menjual manuskripnya yang dah berusia 20 tahun sebagai e-novel untuk tampung kos rawatan.

Namun apapun, dia memang seorang yang gigih dan tak pernah putus-asa.

Apa tidaknya! Dah 20 tahun dia jaja manuskrip itu untuk diterbitkan sebagai novel. Tapi nasibnya terus merundum! Ada saja halangan yang menimpa. Dia tetap berusaha dan berjuang untuk diterbitkan.

Cerita tentang pelumba kereta memang belum pernah garap sebagai novel oleh mana-mana penulis. Memang aku dah pernah baca cerita dia itu! Sebab secara langsung atau ta langsung, aku juga pernah terlibat membantu dia untuk diterbitan sebagai novel. Tapi apakan daya...!

Dari tajuk Litar Bara ini ditukarkan kepada Bara Esplanade. Memang cerita itu berbara-bara! Cuma harap jangan dia jadi bara dalam usahanya yang masih gigih berkarya.

Ruslie Sophian memang punya semangat juang yang tinggi. Hampir 5 tahun dia bertugas dibawah aku. Apa tugas diberi, dia akan laksanakan. Sehinggakan dia berjaya menganjurkan beberapa ekspedisi superbike menjelajah Malaysia pada akhir 80an dan awal 90an di bawah majalah kami tanpa apa-apa bantuan kewangan.

Kini dalam semangat juangnya yang tinggi...dia terus berjuang bertarung dengan nyawa pula. Aku harap masyarakat 1Malaysia sudi beli e-novel 'Bara Esplanade' bagi membantu kos rawatannya.   

1 comment:

abd. halim hadi said...

Assalamualaikum,
Saya Abd Halim Hadi, wartawan dari Utusan Malaysia. Tujuan saya menulis kepada saudara adalah untuk meminta kelapangan masa saudara untuk sesi interview mengenai kerjaya saudara sebagai pelukis komik di negara in.
Artikel yang akan disiarkan itu nanti berkisar mengenai sejarah dan nostalgia komik-komik yang pernah mewarnai dunia komik tanahair sekitar tahun 80-an. Sekiranya saudara dapat meluangkan masa, saya berharap untuk datang berjumpa untuk sesi interview dan photoshoot (pada kadar segera ).

Wartawan Utusan Malaysia
pcdanpen@gmail.com
0192677301.