Nostalgia

KARTUN WAK PUNK, KUTU & TONG KOSONG

Followers

Wednesday, December 23, 2009

World Class Golfers

I am not a golfer and I don't play golf. I'm only a cartoonist and I draw. So, who ever that trigger to my mind, I'll draw them.

I hope you all enjoy seeing the caricature of this world class golfers. Among them, who do you think is a best golfer? Either John Daly, Nick Faldo, Greg Norman, Jack Nicklaus or Tiger Wood!





Saturday, December 19, 2009

Ngomel




SEBENARNYA...
Sudah terlalu lama benar saya mahu melahirkan buku-buku seperti. Ialah, sebagai kartunis, ilustrator, nobelis, pereka dan pelukis catan, mahupun abstruk, sudah tentu saya mahu segala pengalaman saya dirakamkan.
Buat gelak kawan-kawan.
NAMUN...
Hidup ini ternyata ngak indah seperti mimpi dan angan-angan. Walaupun mimpi ada yang ngeri, kita masih boleh bangun. Sedangkan untuk menghadapi kenyataan yang ngeri, kita toh harus banyak-banyak tidurrr.
Ha! Ha! Ha! Falsampah habis.
OLEH KERANA...
Rentetan kehidupan yang sering mendesak dan mendadak. Permintaan orang ramai sering mengasak, keluarga pula selalu kacau bilau, perkerjaan begitu galak, tidak cukup kepala, terpaksa pakai kakitangan dan entah apa sahaja, ternyata, banyak idea-idea kreatif ini, yang terpaksa disimpan begitu saja.

Ini semua demi kesejahteraan orang lain. Biar orang lain kaya-raya dahulu, baru kita. Berkorban apa sahaja, asalkan semua orang bahagia. Sedangkan kita, diri sendiri, ya! Ternyata menderita terus-terusan. Itukan moto usahawan, ya! Lain. Biar kita kaya raya dahulu...lepas itu, baru boleh tolong orang lain!!!
LANTAS...
Kini saya dibebaskan dari kemelut dan gelumang Gila-Gila, sibuk pula dengan urusan galeri sendiri, masih punya sedikit waktu untuk melahirkan karya. Ya! Karya merapu seperti ini, sebagai kenangan.
SEMOGA...
Dari keuntungan, sekiranya ada, saya boleh jalan-jalan lebih jauh lagi. Sehingga ke penghujung dunia. Merakamkan warna-warna kehidupan insan sejagat!
Ya, sebelum saya mati...
adalah sumbangan kecil saya untuk rakyat Malaysia.

Wednesday, December 16, 2009

Ngobrol....


KAWAN
Errr...Aku tidak tahu, apa yang harus aku tuliskan, walaupun aku seorang penulis. Aku tidak tahu apa yang harus aku lukiskan, walaupun aku seorang pelukis. Kerana, walaupun aku famous, itu cuma pada nama.
"Apalah yang ada pada nama..."
NAMUN
Aaa....Kerana aku kasih kepadamu, macam mana sayangnya engkau kepadaku, yang telah banyak menolong aku, sepanjang perjalanan hidupku, aku catatkan juga sepatah dua kata, buat tatapanmu.
"Siapalah aku..."
SUPAYA
Hmmm...Engkau orang tidak lupa. Di Malaysia ini masih ada karyawan yang berkerja separuh gila, bergelumang dengan keringat dan air mata, walaupun tidak kaya-raya. Hutang banyak sampai berjuta. Tetapi harta tidak ada. Betul tidak ada. Cuma, sebatang pena bermata bola. Entah berapa senlah sangat harganya. Semangatnya waja. Puh!
"Ku tikam batu, batu pecah, ku tikam gunung, gunung runtu..."
KAWAN
Aku cuma seorang karyawan. Bukan jutawan dan hartwan. Aku tidak boleh memberikan engkau orang kekayaan dan kesenangan. Aku cuma mampu melemparkan sedikit kegembiraan dan kelegaan. Supaya kita mampu ketawa bersama. Akan kebodohan dan ketololan yang kita pernah lakukan bersama. Atas nama suka-suka.
"Itulah kita..."
KERANA
Kita serupa. Duduk dalam pancarana yang tidak ada sudahnya. Sebelum maut menjemput kita. Bolehlah kita berlagak seketul dua. Bergaya dengan aksinya. Sengaja hendak bagi orang lain caca murba. Betul tak?
"Biasa kawan..."
KAWAN,
Hmmm...Kalau engkau terbaca tulisan ini, datanglah ke tempat ku. Lawatilah galeri ku. Kita boleh makan roti canai. Pekena teh tarik. Mahupun nescafe tarik. Kalau jadi rabbit, bedal carrot jus + susu. Bersembang cerita lama-lama. Cerita masa kita muda-muda. Walaupun kini tidak tua mana. Serasa, baru macam semalam kita keluar sekolah. Sama-sama mengurat di tepi sempang. Macam jantan dan betina gampang. Koh! Koh! Koh!
"Apara?"
ATAU,
Telefonlah aku. Bukannya apa. Sekurang-kurangnya aku tahu. Manalah tahu, engkau sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Jadi tahulah juga aku perkahbaran tentang dirimu. Tidaklah aku terfikir-fikir dan terkenang-kenang. Membuatkan engkau menyusahkan orang.
"Engkau ni dah gila ke?"
KAWAN,
Tenguk-tenguk dan belek-beleklah karyaku. Engkau tidak beli pun tidak apa. Tenang-tenang sahaja. Beri komen sepatah dua. Tidaklah ianya jadi macam benda tidak berharga. Sekurang-kurangnya, adalah orang yang mengutuknya.
"Lahabau, kerbau, bodoh, batak!"
KAWAN,
Aku rindukan engkau orang semua. Tahulah sahaja. Dalam dunia ini manalah ada benda yang berharga. Harta berjuta akan habis juga. Emas perak akan lebur sama. Lainlah kawan-kawan, saudara-mara dan anak isteri yang setia. Dapat hadiah Al-Fatihah pun sudah berpada.
"Piiiirah!"
SEBAB ITULAH KAWAN,
Buat aku, berkawan biar berjuta, beranak biarlah ramai, beristeri biar empat, berkasih biar satu.
"Ah, falsafah kuno."
Itu, yang kita rayu pagi, petang, siang dan malam. Mintak macam-macam, tanpa rasa malu. Tidak segan dan silu.
"Err..."
KAWAN,
Betul, aku rindu bagai nak nak gila kepadamu. Oleh itu, tolonglah, kenang daku dalam semua doa mu. Duit aku bila kau nak bayar?
"Chish! Pergi mampuslah engkau!"

Tuesday, December 15, 2009

Ngobrol Lagi


LANTAS
Kita pun belasah, kita belasah, belasah cukup-cukup. Lepas itu kita sebat dan kita sebat. Tak cukup pakai ponkes, kita pakai bull-dozer. Tidak cukup pakai bull-dozer, semua benda kita bom! Bagi meledak, bagi membuak-buak.
"Eh, Engkau ni apa punya cerita da?"
KITA
Jadi tamak. Kita jadi haloba. Semua hak orang jadi hak kita. Semua hak kita, tetap hak kita, hak kita, hak kita. Betul tak cakap aku? Kah! Kah! Kah!
"Eh, kau ni, kang aku bunoh kang!"
LALU
Kita jadi huru-hara dan caca-murba. Gila sebelum gila. Mabuk sebelum mabuk. Kita jadi meracau, ngigau dan sasau. Tonggang langgang dan lintang-pukang.
"Eh, Engkau ni sihat ke tidak ni?"
Entah. Aku kurang periksa...
"Habis yang engkau meracau tak tentu arah ni, kenapa?"

Aku pun tak tahu. Betul aku tak reti. Tetapi aku tak ada duit la. Hutang aku berlapuk. Saham. Saham aku jatuh merundum.
"Padan muka engkau!"

Ngobrol



KAWAN

Dia orang kata, ekonomi sekarang sudah mula teruk. La, baru depa semua sedaq. Sedangkan kita semua sudah teruk lama. Apa lagi aku...Profesore tak bertauliah dan bergaji seperti selalu. Selalu la missss soru!

"Ah, engkau ni, tak habis-habis merapu."

BETUL
Aku cakap yang betul. Hang pikiq saja la. Bila ada duit, ekonomi sikit baik, kita pi merapu. Beli kereta menjalar-jalar, tidak kira harga. Bagi cantik opis sampai tak boleh buat kerja. Terlampau cantik, jadi lena. Hayal, syok sendiri tak tentu hala.

"Kau ni mula lah nak penaik darah aku."

BETUL
Semua orang jadi tak sedar diri. Tak ingat Tuhan. Semua orang gila nak buat harta dan kaya raya. Macam hidup tidak akan mati.

"Eh, kau cakap tu berlapik la sikit."

LALU
Kita main saham, beli rumah, tanam harta, beli bangunan lima enam. Buka syarikat-syarikat baru. Henyak prudak baru banyak-banyak. Jual, beli, jual beli duit banyak, untung berlipat ganda, kita pun enjoy! Joli! Pagi, petang, siang dan malam.

"Eh, tentulah, kita sudah penat kerja...sesekali nak juga pelepas gian."

Sunday, December 13, 2009

Seleksi

Sebahagian daripada lakaran saya dari komik 'Seleksi'.









Part of my sketches from my comic entitled 'Nostalgia'.
I hope you all enjoy and please put up your comment.

Saturday, December 12, 2009

Koleksi


Bermula pada tahun 2010 nanti, komik 'Koleksi' saya akan mula dijual kepada peminat-peminat kartun di Internet. Ketika ini saya dengan bantuan seorang kawan lama bekas staf Creative dulu sedang menyusun buku komik itu kepada pdf untuk dijadikan sebagai e-komik.

Saya harap dengan kehadiran komik itu nanti ia akan menyemarakkan kembali nostalgia semasa saya mula berkarya dulu.